music

Friday, October 5, 2012

Aku Yang Tersakiti - Judika (LIRIK)


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Wednesday, August 8, 2012

Kagum


Bismillahirahmanirahim..

Tersentuh hati bila ditanya bagaimana ku mampu sekuat ini dalam menghadapinya..
Ya Allah bagaimana harus ku nyatakan..
Aku hirup keyakinan ku pada MU.. 
Ku termenung seketika..
Haruskah aku menceritakannya?

Dgn lafaz bismillah.
aku kongsikan dgn niat untuk dia belajar hidup dan menjadi tabah.

walau tidak sepenuhnya aku nyatakan ceritaKU.. 
tapi aku rasa apa yg ku sampaikan mmpu untuk buat dia belajar apa itu hidup..


Dia masih setahun jagung..
namun semangatnya aku kagumi..
sikapnya yg ingin belajar dan merendah diri aku hormati..
ikhlas di hatinya tidak siapa nampak..
tulus benar hati adik ini..

Dia juga kerap menangis..
Aku tahu.. Aku kenal dia..

Namun aku tahu dia tabah!
cuma kdg2 dia masih mentah dalam melayari bahtera hidup..

Namun aku pasti dia pasti bahagia dan berjaya..

Dalam perjalanan menuju Ilahi
Pasti banyak dugaan yg perlu dihadapi..

Adik.. Akak yakin adik mampu hadapinya...
Kalau akak mampu, kenapa tidak adik?


Aku juga masih terkapai2..
tp aku sentiasa meletakkan Allah itu dihatiku..
walau pelbagai himpitan hidup perlu dilalui..
Namun ku yakini pada janji Tuhan..

Diam tidak bermakna kalah..
Namun kekuatan jiwa pada sanubari..



Belajarlah dari hidup..
Hikmahnya sentiasa ada...carilah ia.. jgn biarkan ia berlalu tanpa makna..


Monday, August 6, 2012

Al-Quran itu Penawar




Alhamdulillah. 16 Ramadhan berlalu sudah. Segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam.. Subuh yang indah penuh kedamaian.. Indah dan tenteram. Walau hati di perosok pelbagai himpitan.. Ianya tenang.. Al-Quran, Ya itulah penawarnya.. Sedikit penulisan yang ingin dikongsi bersama. Dengan harapan…semoga semuanya mendapat manfaat bersama dan dapat membantu menenangkan hati yang resah gelisah =)
Fikiran ini terlontar jauh.. teringat zaman dikala berumur 6 tahun.. Bapak bersama rotannya gigih mengajar kami mengaji. Alhamdulillah, berkat didikan bapak kami khatam Al-Quran. Bapak selalu berpesan, jika kita senang mahu pun susah, jadikan Al-Quran sebagai rujukan. Yakin disetiap bait ayat2 suci itu. Dan dikala hati gundah gulana bacalah ia.. dan dikala perlukan petunjuk gunalah ia..

subhanallah. Indah ayat2Nya.. Yakinlah pada ALLAH.. disetiap kesukaran pasti ada kemudahannya.. Disetiap tangisan pasti ada kebahagiaannya.. dan disetiap sakit pasti ada penawarnya.. dan disetiap kegagalan pasti ada kejayaanNYA.. :)

Di dalam ajaran Islam, bukan membaca Al Quran saja yang menjadi ibadah dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, tetapi mendengarkan Al Quran pun begitu juga. Malahan sebahagian ulama mengatakan, bahwa mendengarkan orang membaca Al Quran pahalanya sama dengan orang yang membacanya

Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah yang bernama Ibnu Mas’ud r.a. meminta nasehat, katanya: ” Wahai Ibnu Mas’ud, berilah nasehat yang dapat kujadikan obat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini, aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tak enak, tidur tak nyenyak.”
Maka Ibnu Mas’ud menasihatinya, katanya:” Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, yaitu ketempat orang membaca Al Quran, engkau baca Al Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, disana engkau berkhalwat menyembah Allah, umpama di waktu tengah malam buta, di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan shalat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketentraman fikiran dan kemurnian hati..
Mendengarkan bacaan Al Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan Rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan Al Quran dengan baik. Demikian besar mu’jizat Al Quran sebagai Wahyu Ilahi, yang tak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya. Malahan semakin sering orang membaca dan mendengarkannya, semakin terpikat hatinya kepada Al Quran itu; bila Al Quran itu dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu akan memberikan pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarkannya, sehingga seolah-olah yang mendengarnya sudah ada di alam ghaib, bertemu langsung dengan Khaliknya. Bagaimana keadaan orang Mu’min tatkala mendengarkan bacaan Al Quran itu, digambarkan oleh firman Allah sebagai berikut:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka karenanya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (Al Anfaal QS:8:2)

Thursday, August 2, 2012

Kanser Survival



Tidak ada yang mustahil bagi Allah..
Semangat itu perlu diteruskan
Kau kekuatan ku..
I will always be ur side..

I love you so much..
You are my idiol.. you are my soul.. you are my everything..
lillahita'la
disaat smua pergi meninggalkan ku..
kau sntiasa ada untukku..
kini..
aku akan juga sntiasa ada untukmu..
Jgn berputus harap..
Allah sentiasa bersama..
Ku titipkan doa buatmu..
Walau jauh dimata.. sentiasa dekat dihati..

Sunday, July 29, 2012

Bisikan Semangat



Assalamualaikum W.B.T

Buat tatapan adik2 kak long yang semakin menginjak dewasa.. Sudah kurang masa antara kita dapat berkumpul bersama2 dikala masing2 kini sudah melanjutkan pelajaran.. Benar kata orang, zaman kanak2 adalah zaman paling gembira tanpa perlu merisaukan apa itu hidup.. apa yg kita tahu main, dan terus bermain.. Adik2 kak long yg kak long sayangi.. Khas nya buat Amni Haslinda dan Azni Shahira yang baru sahaja melangkah ke alam universiti, ingat pesan ini betul2.. Kini bila kita berada diluar ya memang benar kita mampu memperoleh kebebasan, kesenangan dan kegembiraan tanpa pengawasan siapa2..  ingat dik.. bengtengi diri sebaik2nya agar tidak hanyut.. Kita akan jumpa pelbagai ragam manusia.. pelbagai jenis conflict.. dan sesungguhnya hadapi setiap yang mendatang dgn matang dan berpeganglah pd Allah dalam segala hal.. Walau apa sekalipun ranjau yang perlu ditempuhi kuatkan semangat dan fokus pd pelajaran.

Kejayaan itu akan lagi manis jika kita usahakan dan perolehi dgn kebangkitan di kaki kita sendiri seiring dgn memohon segalanya kepada Allah. Solat itu tiang agama, tiang kehidupan..Apa gunanya RUMAH kalau tidak BERTIANG.. begitu juga kehidupan dan kejayaan.. apa gunanya semuanya tanpa ALLAH disisi kita.. Segalanya milik DIA.. Jatuh dan bgun jangan pernah kita lupa kn DIA.. Kegagalan selalunya pemangkin kepada kejayaan.. dan kejayaan juga kdgkala Ujian bg kita supaya sentiasa sedar yg kita juga bermula dari bawah..Allah didik kita secara halus.. Kak long tahu.. adik2 kak long jauh lebih hebat.. Begitu juga Muhammad Asyraf dan Muhammad Aliff.. Jatuh Bangun kita tetap bersama.. sampai bila2.. Kak long doakan semuanya berjaya mengejar cita masing2.. Pelihara diri.. dan doa kak long sentiasa mengiringi..

All the best buat adik2 kak long! Syg Smua!

Dikala diberi ruang masa sebegini.. Sentiasa teringat impian mak nak tngok anaknya berjaya:

Muhammad Aliff Alpandi.. Degree in biomedic.. nti leh kerjasama dgn dikya kt hospital..insya4JJI
Muhammad Asyraf Alpandi.. Degree pendidikan (Sains).. pewaris bapak, seorang pendidik insya4JJI..
Amni Haslinda..Foundation Kejuruteraan Petroleum.. Penyambung minat bapak..
Azni Shahira.. Foundation Perubatan...Penyambung cita2 bapak jgk yg tidak kesampian suatu ketika dahulu..huhu.. Semangat!

kak long... nak cuba jadi cm dikya.. nak jadi DR jugak..hehe..insya4JJI... mcm bapak kata.. walau kita berjaya mcmana pn..tapi kita perlu ingat Akhlak itu yg paling utama..pelihara betol2..
Selagi termampu berusaha untuk berjaya dunia dan akhirat! Last But not Least.. sayang korg! <3


Saturday, July 14, 2012

Tahajjud


Walau kemana ingin berlari.. Tetap perlu menghadapi setiap yg berkaitan dengannya..
Setiap hari perlu menahan setiap rasa. Ya ALLAH.. walau pelbagai telah berlaku.. masih terus berdiri dan tersenyum.. Kadang  rasa terjatuh.. Ku pahutkan kekuatan pada Allah. Hanya Allah sebaik2 tempat untuk bergantung.. Ukhwah yg terbina sentiasa dirindui..walau tanpa ungkapan kata..doa dari kejauhan..

"tiada apa-apa"
"everything ok je"

Ungkapan yg sering terkeluar buat sahabat2.. Bersyukur dikurniakan sabahat terbaik dunia akhirat. Namun tidak smua apa yg kita hadapi kita mampu untuk menceritakan kepada orang sekeliling. Kerana Allah jua tempat luahan segalanya..Hanya DIA memahami.

Sesetengah perkara sangat sukar untuk dilupakan walau telah berlalu lama...Semoga ALLAH membantu setiap kesulitan hambanNYA..


Mungkin ini yg sering kita hadapi.. Sesunggunya bertajahud lah kepada ALLAH..pasti ada kedamaian.. Sesunggunya hanya padaNYA kita berserah. 




Friday, July 6, 2012

Ketam Masak Sambal




Assalamualaikum W.B.T

To all readears! arini diberi kesempatan untuk writing lg.. kebosanan melanda..bila student2 bercuti ni..banyak la masa lapangnya.. Xdela nak ngadap paper2.. apa yg ada ngadap research! xpe2...yang tu tetap kena fokus! tinggal stage2 terakhir je..so kami perlu membuat lonjakan paradigma skit! Semangat!...  Arini masak ketam! saja2 nak share resepi..slalu2 kalau kt umah msti orang akan masak ketam masak lemak cili padi kan? ok kali ni saya xnak share kan ketam masak lemak cili padi tp nk share masak ketam sambal! Actually resepi ni maksu saya yg ajar saya time kt kampg dlu! lets start~

Bahan2 :

1 kg Ketam
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 
Cili giling
2 biji telur
garam
gula

Cara2 :

1- Kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili giling
2- tumiskan bahan2 kisaran tersebut sehingga terbit minyak
3- msukkn garam dan gula secukup rasa.
4- Masukkan ketam dan letakkan sedikit air agar ketam boleh dimasak dgn empuk
5- didihkan sehingga kuah kering
6- pecahkan 2 biji telur dan kacau sehingga sebati

siap! selamat mencuba


Wednesday, July 4, 2012

Istikharah



Assalamualaikum W.B.T

Dikesempatan ruang yg ada ini, sekadar ingin mencoret dan berkongsi.. Last weekend diberi kesempatan bercuti bersama kawan2 karib sy dari UKM.. Nur Farahanna, Nuraini Selamat dan Syamira.. Pada mulanya kami akan pergi berlima namun salah seorang rakan saya Belle tidak dapat turut serta kerana mengerjakan Umrah.. Smoga dia selamat pergi dan balik.. Smoga saya juga diizinkan untuk kesana.. Masih didalam perancangan..smoga dipermudahkan..Impian ke tanah suci lama sudah terpendam..huhu.. Actually this holiday cm holiday terakhir bagi kami.. Kawan saya NurFarahanna bakal berkahwin.. This holiday also requested by her.. Ohh sedehnya! dari dlu kami suka reward diri kami dgn percutian2.. After exam, tamat belajar, after penat bekerja.. kami mmg suka bercuti! kali ni 3 tempat kami tawan.. Penang, Kedah n Thailand.. Best! Last bachelor holiday la kononnya..hehe.. Apa2pn saya bersyukur rakan2 saya dipertemukan dgn mereka2 yg ikhlas menerima dan menyayangi mereka seadanya. Semoga mereka bahagia dan dipermudahkan segalanya.. Saya sayang mereka macam adik2 saya sendiri walau kami sebaya..

Soal Jodoh itu ketentuan Allah.. Saya sendiri tidak berani untuk berkata2.. Cuma saya yakin Jodoh Allah itu adalah yang terbaik. Bila berbicara soal pasangan dan bercinta.. saya selalu berundur selangkah kebelakang.. Oh! saya mmg secara jujurnya xsuka berbicara soal itu.. Pengalaman banyak mengajar saya..saya xsuka permain2kan orang dan dipermainkan.. Sebab saya tahu sakit dye bukan mudah untuk hilang.Sebab saya yakin cinta dan sayang saya tulus bukan untuk mempermainkan orang. Orang lain mungkin mudah untuk jatuh hati dan bertukar2 pasangan.. Tapi tidak pada saya.. Cinta itu suatu yg mahal pada saya.. Allah pemegang hati setiap hati hambanya.. Sentiasa berdoa agar dilembutkan hati dan dipermudahkan segalanya.Soal pasangan hidup bukan soal main2.. Ianya soal keyakinan.. kesetiaan, kesabaran, saling fhm memahami dan sedia terima kekurangan dan kelebihan.. Smuanya tidak lari dari tanggungjwab..

Mungkin tegas bunyinya.. tapi inilah hakikat.. Seorang perempuan atau lelaki pasti memerlukan tulang belakang untuk menyokong mereka dalam melayari kehidupan sebagai hamba ALLAH dimuka bumi ini.. Beristikharah lah.. smoga suatu hari istikharah itu membawa kita kepada tautan hati kerana ALLAH.. yang pastinya jauh lebih indah dari jangkaan.. Siapa?dimana?bila? Wallahualam.. Laluilah hari2 dengan tabah dan sabar. Rahmat ALLAH itu luas.. Berbaktilah kepada Ibu dan bapa.. dan tuntutlah ilmu.. Soal Jodoh, smpai waktu dan ketika ia pasti hadir.. Itulah jawapan saya. Yakinlah pada ALLAH..Hati pasti tenang.. :)

P/S: Janganlah mencari teman lelaki mahupon teman wanita .. Tapi Carilah seseorang yang boleh dijadikan ibu dan ayah buat anak2 kamu..



Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum W.B.T

Sehari demi sehari rutin harian semakin sibuk.. sampai kesihatan terabai.. kalau dulu walau sesibuk mana sekalipon akan ada masa untuk beriadah. Squash! Lama dah ditinggalkan.. almost 1 year.
Bila orang sukan berenti sukan, berat badan confirm naik mendadak! itu tidak dinafikan! Walau berat badan masih ideal! Tapi perlu turunkan untuk menjamin kesihatan berpanjangan n kene kekalkan gaya hidup yg sihat.. jgn xpercaya di bangi ada Gymnasium yg ditubuhkan khas untuk kaum wanita sahaja! Kepada sesiapa yg berminat come join us! Semangat! saya mau kejar target! dan mahu kn gaya hidup sihat kembali..J0m sama2..

Details For Bangi Fitness Gymnasium


Description
We are the first leading gymnasium that specialized for women to achieve the best health rate of her life. We are fully equipped in a cozy and friendly space. Satisfaction guaranteed!

Location:

No. 38A, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor, Selangor, Malaysia

Hour :

Mon - Fri:

09:00

-

22:00

Sat:

08:00

-

13:00

Contact Info :


Phone019 343 70 11
 014 62 77 182
 0389263448

Emailbangifitness@gmail.com

Websitehttp://www.bangifitness.com

Wednesday, June 27, 2012

Memaafkan


“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim)


terlalu banyak perkara berlaku dan perlu dilalui.. Memerlukan begitu banyak ketabahan.. Siapalah hambaMU ini untuk memarahi dan berkecil hati sesama manusia.. Walau kdg2 kezaliman itu mencucuk2 memori setiap hari.. Namun Benar, ksih sayang ini tulus..walau sakit, ku sygi mereka..dan memaafkan seikhlasnya.. Walau tidak dihargai.. ku masih bersyukur..punyai mereka seadanya.. Smoga ketabahan buatku..
terima kasih buat sahabat2 yg terima diri ini seadanya..





Monday, May 7, 2012

Positive


Ya Allah..
Disaat Ku bertatih Mencari PetunjukMU,
Peganglah erat tanganku,
Agar tidak terus terjatuh dalam kesesasatan..

I am holding on to ALLAH for He knows what tomorrow will bring..

Subhanallah..hidup ini mengajar banyak kepada diri saya. Everyday we need to motivate ourself. Yes that what we should do. Giving a support to everyone around us. Walau kadang2 diri sendiri rasa ingin tersungkur. Tapi gagahkan diri. Sabar itu banyak ganjaranya. Allah pasti aturkan yg terbaik buat kita. Lalui hari2 dengan semangat dan ceria. Lakukan yg terbaik dalam hidup semoga tidak menyesal dikemudian hari. Write a positive word everyday dan read Al-quran.Insya4JJI.. banyak membantu.

kawan2 n adik2..Semangat! :)

Monday, April 16, 2012

Popia Daging




Assalamualaikum W.B.T

Sihat? mudah2an anda smua dibawah rahmat dan lindungan Allah hendaknya. Mencari resepi untuk santapan kluarga?Seronok juga kan kalau ada kudapan2 sambil menghabiskan masa bersama keluarga.. Ok memandangkan ade sedikit kelapangan untuk mengupdate blog..disini saya ingin kongsikan resepi popia daging. Kegemaran adik2 saya!asal balik je menu ni la slalu diorang request kat saya..hehe..Mudah sahaja! sesuai untuk hidangan petang mahupon untuk sarapan pagi. Selamat mencuba! :)


Bahan2:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5biji cili kecil
3 inci halia
8 biji kentang (sila potong dadu)
1 paket daging cincang
1 paket serbuk kari
dan sedikit garam
1 paket kulit popia


Cara membuat

1. kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, dan cili kecil sehingga lumat
2. Kemudian tumis bahan kisaran tersebut dan masukkan sedikit garam
3. kemudian masukkan daging cincang dan biarkan ianya mendidih sehingga empuk (letakkan sedikit air)
4. Masukkan kentang dan tambahkan air pada kuali bagi membolehkan kentang tersebut empuk
5. tgu sehingga 5 minit kmudian msukkan serbuk kari.. dan biarkan kari tersebut masak dan kacau adunan sehingga kentang empuk. (tambahkan garam sekiranya perlu)
6. Setelah kentak empuk dan kering..tutupkan api...yess! skrg inti popia sudah pon siap
7. Sejukkan inti tersebut
8. Gulungkan inti tersebut kedalam popia..
9. Lepas tu goreng!! :)

p/s : popia ni boleh tahan smpi seminggu..simpankan didalam peti sejuk



tarra!! sudah siap! mudahkan~ selamat mencuba!




Sunday, April 15, 2012

Orkid






Assalamualaikum W.B.T..


Siapa dikalangan anda peminat orkid? maksudnya menanam orkid?kalau ye! kita geng la!hehe
Kalau balik kampung benda pertama diterjah confirm orkid.. cantik.. walau penjagaan sedikit rumit tapi seronok.. Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidupan tanaman orkid tersebut.Jika rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyelenggaraan yg dilakukan dgn betol..orkid yg ditanam pasti hidup subur..

Now i just want to share macamana hendak menanam orkid. Hopefully this tips membantu bagi sesiapa peminat orkid..

Media penanaman orkid

Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya.

Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan:

1)Pecahan batu bata

  • Antara media yang popular dan mudah diperoleh.

    Biasanya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat.

    Ia dicampur bersama dengan pecahan arang.


    Teknik menggunakan:

  • Sebelum digunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat semalaman.

  • Selepas itu angkat dan keringkan.

  • Pecah batu bata kepada saiz besar, sederhana dan kecil mengikut kesesuaian pasu.

  • Letak pecahan besar di bahagian paling bawah dalam pasu, diikuti dengan bersaiz sederhana dan kecil.

  • Tanam orkid di atas permukaan pasu.

  • Elak menimbus pangkal orkid anda.

  • Bagi menegak orkid yang tinggi gunakan kayu pancang sebagai sokongan.


    2)Pecahan arang

  • Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata


    Teknik menggunakan:

  • Rendam arang semalaman untuk membuang garam kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut.

  • Basahkan arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.

  • Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.


    3)Serbuk kayu

  • Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.


    Teknik menggunakan:

  • Ia boleh digabungkan dengan media pecahan batu bata, arang dan tanah pasuan.

  • Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman.

  • Angkat dan keringkan.

  • Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.

  • Letakkan orkid di atas media.

  • Jika menanam orkid yang hidup di atas tanah, campurkan bersama dengan media pasuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.


    4)Sphagnum moss

  • Antara media popular dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu.

  • Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama.

  • Ada juga yang menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan
    di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis.

  • Ia bagi mengekalkan kelembapan dalam jangka masa lama kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.


    Teknik menggunakan:

  • Rendam sphagnum moss di dalam larutan racun kulat semalaman.

  • Angkat dan biarkan hingga ia didapati lembap.

  • Isikan ke dalam pasu atau tampal kepada tunggul kayu.


    5)Potongan batang paku pakis gajah.

  • Media ini boleh menyimpan air dengan jangka masa lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau.

  • Ia amat sesuai untuk tanaman gantung.


    Teknik menggunakan:

  • Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.

  • Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda.


    6)Tunggul kayu

  • Sesuai untuk tanaman orkid secara gantung.

  • Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah.

  • Mudah diperoleh di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai.

  • Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah.

  • Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.


    7)Potongan dahan tembusu

  • Sesuai untuk menanam orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis.

  • Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media itu.

  • Ia mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.


    8)Tanah campuran

  • Orkid yang hidup di tanah memerlukan media itu.

  • Biasanya membabitkan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1.

  • Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.


    9)Tiada media

  • Bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media.

  • Teknik itu sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.
  • Monday, April 9, 2012

    Lakaran kehidupan

    Tuhan...
    lama aku gelintar
    cari arah cahaya
    menerangi gelita

    Tuhan....
    indahnya hidayah Mu
    sinari ruang kalbu
    luruh airmata ku
    mensyukuri nikmat Mu

    Tuhan
    pimpinlah hati ini
    utk ku menghayati..petunjuk Mu
    walau diuji kesabaranku
    juga keimananku
    tidak tercabar keyakinan ku
    pada janji-janji Mu
    tetap bersujud di hadapan Mu
    merayu cinta Mu
    seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
    betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
    semoga selamanya aku kekal di jalan Mu


    Kadangkala himpitan kehidupan memberi kita seribu rasa yang kadang2 tidak terbendung oleh kata2.. Kadangkkala membuat kita rasa ingin tersungkur.. Ya Allah.. smua ini ujian dariMU.. Percayalah adik2.. tidak ada sesuatu yang Allah berikan itu sekadar sia2..pasti ada hikmah disebaliknya.. Setiap orang akan ada cerita disebalik kehidupan mereka. Begitu juga saya. Kita semua sama.. Dari setiap rasa yang Allah berikan itu bangkitlah dengan bersungguh2.. Bina kekuatan dalaman dan serahkan segalanya padaNYA.. DIA pengatur terbaik. Bina peribadi dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. DIA memberi ujian yang setimpal dan yang mampu kita lalui. Disaat semangat jatuh, bangkit lah kembali dan yakinlah pada janji Allah:

    setiap dugaan yang datang perlu dihadapi dengan tabah hati dan sabar. Ujian ini diturunkan
    untuk menguji keimanan manusia, oleh itu maka, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
    sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5)


    Sesungguhnya hadapi lah hari2 mendatang dengan sabar.Walau sesukar mana.. melangkahlah dengan yakin.. Walau sakit..ingat! Allah pasti berikan bahagia akhirnya.Insya4JJI.. doakan yang terbaik. Kejayaan juga adalah satu ujian. Sentiasalah kita mengingatkan diri..segalanya datang dan pinjaman dari ALLAH S.W.T.. syukuri apa yang kita perolehi dan sama2 membantu antara satu sama lain.. disaat sahabat terjatuh..pimpini dan bimbingi mereka bersama2..berjalan seiring.. mudah2an rahmat Allah terus bersama kita.. Ikhlas kan hati insya4JJI.. redha Allah bersama kita.. luahkan segalanya pada ALLAH.. DIA maha mendengar lagi maha mengetahui. Batasan penglihatan kita terhad..tidak bagi ALLAH..DIA mengetahui segalanya.. Ceriakan hari anda! ayuh berubah kearah yg lebih baik.saya juga masih belajar. j0m sama2~ :)

    sesungguhnya hidup ini juga pinjaman Allah s.w.t.. terlalu singkat untuk membenci.. dan terlalu singkat untuk bersambil lewa.. Jangan menyangka, ajal menyapa hanya tika tua. Pabila Dia berkata 'ya', sesaat tiada kebelakang ia. Tiada mengira bersedia, tiada. Ya Allah..
    ampunilah dosa2 hambaMu.. hidup ini sesungguhnya suatu amanah dan tanggungjawab..


    semoga hari ini lebih baik dari semalam

    Thursday, April 5, 2012

    Rasa di Hujung Kata..



    "Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia,
    Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat
    menyediakan bekal ke akhirat.

    Kadangkala sifat mahmudah itu tidak dapat disemai hanya dengan beribadat,
    tetapi hanya dituai hasil didikan mujahadah.

    Begitu jua mazmumah yang ada dikalbu kita,
    kadangkala dicuci dengan kesempitan rezeki dan hentakan kesedihan.
    Berlapang dadalah dalam semua hal
    kerana keserdehanaan itu selalunya menyelamatkan

    Maaf atas segala terkurang kerana disitulah letaknya kesempurnaan manusia. 
    Tetapi santunilah hati yang sentiasa mengharap kebaikan.

    Sejauh mana kasih kita kepada ALLAH
    itulah ukuran kasih yang dapat kita berikan kepada manusia.



    Ya Allah..perliharalah mereka2 yang aku sayangi..walau tidak terlihat dimata namun kau naungilah mereka dengan ketenangan dan kebahagiaan.

     


    Tuesday, April 3, 2012

    Try Masak



    Assalamualaikum W.B.T

    Alhmdulillah..disaat ini saya diberikan kesempatan untuk mengupdate blog yang kadang2 ditinggal sepi..hehe.. Maaf.. terlalu banyak kerja2 yang masih belom diselesaikan. Alhamdulillah.. 31 Mac 2012 yang baru sahaja berlalu beberapa hari yang lepas saya membawa rakan2 seperjuangan dari UPM, siti khalida, norshazlinah , fatin farazh , mohd hafiz dan mohd fitri hazim menyertai sesi pengambaran dari program "try masak" anjuran Geoflex. Credit kepada pihak penganjur terutamanya Cik Nuraini Selamat diatas jemputan ke program yang dirasakan begitu bermakna disamping memberi ilmu bermanfaat kepada kami. Tidak dinafikan rutin harian kami sebagai pelajar sarjana begitu padat dengan penyelidikan , kelas dan ulangkaji. Saya yang memang sentiasa mencari peluang menyertai program sebegini dan alhamdulillah diberi peluang menyertainya dan dapat menghabiskan masa bersama rakan2 dengan aktiviti yang begitu menyeronokan. Disamping dapat mempelajari resepi baru serta berpeluang berkenalan dgn chef2 terkemuka, blogger2 masakan dan ahli Try masak.Terima kasih dari pihak kami diatas penganjuran program sebegini. Next time confirm kami join lg!!hehehe..

    4 resipi telah dikongsi oleh chef/blogger masakan/ahli TryMasak dan mengajar ahli-ahli yang lain memasak bersama secara hands-on. Resepi 1: Todman Pla (Masakan Thailand) oleh Chef Arm Resepi 2: Nasi Mandhi (Masakan Arab) oleh Chef Nazrah Resepi 3: Mackerel Kari Adabi Chef: Shidee Resepi 4: Hokaido Chiffon Cupcake Chef: Kama (duniadapurkama.blogspot.com) Stay tune for the next session! :)

    Nak tau try masak tu apa? meh join try masakdi FB

    atau layari lama web rasmi try masak http://www.trymasak.my

    Disebabkan terlalu ramai bertanyakan resepi Hokaido Chiffon Cupcake di FB saya.. disini saya kongsikan resepinya.. selamat mencuba! :)

    ble fatin, ina dan ida teruja..kui2~~
    cupcake kami !!weeeeee~~

    HOKAIDO CHIFFON CUPCAKE

    4 biji kuning telur
    30 gm gula caster
    1 sudu kecil esen vanila
    40 ml susu segar
    40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
    55 gm tepung cake
    20 gm tepung kastard
    1 sudu kecil baking powder

    4 biji putih telur
    1/4 sudu kecil garam
    80 gm gula caster

    Panaskan oven pada suhu 170 C
    Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
    Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
    Atau boleh juga gunakan cawan muffin

    Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
    Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
    Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
    Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

    Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
    Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
    Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

    Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
    Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
    Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

    Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
    Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

    Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
    Keluarkan dari oven bila kek masak
    Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
    Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

    CREAM CUSTARD

    Rujukan : A

    1 sudu besar tepung
    1 sudu besar tepung jagung
    4 sudu besar gula
    200ml (1 cup) susu segar
    1 biji telur (L size)
    1 sudu besar mentega

    1 sudu teh esen vanila

    Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
    Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
    Masukkan telur dan kacau lagi.
    Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
    Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
    Masak sehingga pekat.
    Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
    Ulang sehingga pekat.
    Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

    Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
    Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
    setelah likat.. tgu sehingga sejuk dan msukkan kedalam pipping dan tekan ke dalam cupcake yg telah disiap dibakar td. selamat mencuba!


    masakan kami!hehe!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...