music

Wednesday, August 8, 2012

Kagum


Bismillahirahmanirahim..

Tersentuh hati bila ditanya bagaimana ku mampu sekuat ini dalam menghadapinya..
Ya Allah bagaimana harus ku nyatakan..
Aku hirup keyakinan ku pada MU.. 
Ku termenung seketika..
Haruskah aku menceritakannya?

Dgn lafaz bismillah.
aku kongsikan dgn niat untuk dia belajar hidup dan menjadi tabah.

walau tidak sepenuhnya aku nyatakan ceritaKU.. 
tapi aku rasa apa yg ku sampaikan mmpu untuk buat dia belajar apa itu hidup..


Dia masih setahun jagung..
namun semangatnya aku kagumi..
sikapnya yg ingin belajar dan merendah diri aku hormati..
ikhlas di hatinya tidak siapa nampak..
tulus benar hati adik ini..

Dia juga kerap menangis..
Aku tahu.. Aku kenal dia..

Namun aku tahu dia tabah!
cuma kdg2 dia masih mentah dalam melayari bahtera hidup..

Namun aku pasti dia pasti bahagia dan berjaya..

Dalam perjalanan menuju Ilahi
Pasti banyak dugaan yg perlu dihadapi..

Adik.. Akak yakin adik mampu hadapinya...
Kalau akak mampu, kenapa tidak adik?


Aku juga masih terkapai2..
tp aku sentiasa meletakkan Allah itu dihatiku..
walau pelbagai himpitan hidup perlu dilalui..
Namun ku yakini pada janji Tuhan..

Diam tidak bermakna kalah..
Namun kekuatan jiwa pada sanubari..



Belajarlah dari hidup..
Hikmahnya sentiasa ada...carilah ia.. jgn biarkan ia berlalu tanpa makna..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...