Assalamualaikum W.B.T
Alhmdulillah..disaat ini saya diberikan kesempatan untuk mengupdate blog yang kadang2 ditinggal sepi..hehe.. Maaf.. terlalu banyak kerja2 yang masih belom diselesaikan. Alhamdulillah.. 31 Mac 2012 yang baru sahaja berlalu beberapa hari yang lepas saya membawa rakan2 seperjuangan dari UPM, siti khalida, norshazlinah , fatin farazh , mohd hafiz dan mohd fitri hazim menyertai sesi pengambaran dari program "try masak" anjuran Geoflex. Credit kepada pihak penganjur terutamanya Cik Nuraini Selamat diatas jemputan ke program yang dirasakan begitu bermakna disamping memberi ilmu bermanfaat kepada kami. Tidak dinafikan rutin harian kami sebagai pelajar sarjana begitu padat dengan penyelidikan , kelas dan ulangkaji. Saya yang memang sentiasa mencari peluang menyertai program sebegini dan alhamdulillah diberi peluang menyertainya dan dapat menghabiskan masa bersama rakan2 dengan aktiviti yang begitu menyeronokan. Disamping dapat mempelajari resepi baru serta berpeluang berkenalan dgn chef2 terkemuka, blogger2 masakan dan ahli Try masak.Terima kasih dari pihak kami diatas penganjuran program sebegini. Next time confirm kami join lg!!hehehe..
4 resipi telah dikongsi oleh chef/blogger masakan/ahli TryMasak dan mengajar ahli-ahli yang lain memasak bersama secara hands-on. Resepi 1: Todman Pla (Masakan Thailand) oleh Chef Arm Resepi 2: Nasi Mandhi (Masakan Arab) oleh Chef Nazrah Resepi 3: Mackerel Kari Adabi Chef: Shidee Resepi 4: Hokaido Chiffon Cupcake Chef: Kama (duniadapurkama.blogspot.com) Stay tune for the next session! :)
Nak tau try masak tu apa? meh join try masakdi FB
Disebabkan terlalu ramai bertanyakan resepi Hokaido Chiffon Cupcake di FB saya.. disini saya kongsikan resepinya.. selamat mencuba! :)
 |
| ble fatin, ina dan ida teruja..kui2~~ |
 |
cupcake kami !!weeeeee~~
|
HOKAIDO CHIFFON CUPCAKE
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek
Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.
CREAM CUSTARDRujukan : A
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. setelah likat.. tgu sehingga sejuk dan msukkan kedalam pipping dan tekan ke dalam cupcake yg telah disiap dibakar td. selamat mencuba!
wah...saya nak mencuba resepi nih. ..=p
ReplyDeletehahaha... sila2... :P
Delete