music

Wednesday, July 4, 2012

Istikharah



Assalamualaikum W.B.T

Dikesempatan ruang yg ada ini, sekadar ingin mencoret dan berkongsi.. Last weekend diberi kesempatan bercuti bersama kawan2 karib sy dari UKM.. Nur Farahanna, Nuraini Selamat dan Syamira.. Pada mulanya kami akan pergi berlima namun salah seorang rakan saya Belle tidak dapat turut serta kerana mengerjakan Umrah.. Smoga dia selamat pergi dan balik.. Smoga saya juga diizinkan untuk kesana.. Masih didalam perancangan..smoga dipermudahkan..Impian ke tanah suci lama sudah terpendam..huhu.. Actually this holiday cm holiday terakhir bagi kami.. Kawan saya NurFarahanna bakal berkahwin.. This holiday also requested by her.. Ohh sedehnya! dari dlu kami suka reward diri kami dgn percutian2.. After exam, tamat belajar, after penat bekerja.. kami mmg suka bercuti! kali ni 3 tempat kami tawan.. Penang, Kedah n Thailand.. Best! Last bachelor holiday la kononnya..hehe.. Apa2pn saya bersyukur rakan2 saya dipertemukan dgn mereka2 yg ikhlas menerima dan menyayangi mereka seadanya. Semoga mereka bahagia dan dipermudahkan segalanya.. Saya sayang mereka macam adik2 saya sendiri walau kami sebaya..

Soal Jodoh itu ketentuan Allah.. Saya sendiri tidak berani untuk berkata2.. Cuma saya yakin Jodoh Allah itu adalah yang terbaik. Bila berbicara soal pasangan dan bercinta.. saya selalu berundur selangkah kebelakang.. Oh! saya mmg secara jujurnya xsuka berbicara soal itu.. Pengalaman banyak mengajar saya..saya xsuka permain2kan orang dan dipermainkan.. Sebab saya tahu sakit dye bukan mudah untuk hilang.Sebab saya yakin cinta dan sayang saya tulus bukan untuk mempermainkan orang. Orang lain mungkin mudah untuk jatuh hati dan bertukar2 pasangan.. Tapi tidak pada saya.. Cinta itu suatu yg mahal pada saya.. Allah pemegang hati setiap hati hambanya.. Sentiasa berdoa agar dilembutkan hati dan dipermudahkan segalanya.Soal pasangan hidup bukan soal main2.. Ianya soal keyakinan.. kesetiaan, kesabaran, saling fhm memahami dan sedia terima kekurangan dan kelebihan.. Smuanya tidak lari dari tanggungjwab..

Mungkin tegas bunyinya.. tapi inilah hakikat.. Seorang perempuan atau lelaki pasti memerlukan tulang belakang untuk menyokong mereka dalam melayari kehidupan sebagai hamba ALLAH dimuka bumi ini.. Beristikharah lah.. smoga suatu hari istikharah itu membawa kita kepada tautan hati kerana ALLAH.. yang pastinya jauh lebih indah dari jangkaan.. Siapa?dimana?bila? Wallahualam.. Laluilah hari2 dengan tabah dan sabar. Rahmat ALLAH itu luas.. Berbaktilah kepada Ibu dan bapa.. dan tuntutlah ilmu.. Soal Jodoh, smpai waktu dan ketika ia pasti hadir.. Itulah jawapan saya. Yakinlah pada ALLAH..Hati pasti tenang.. :)

P/S: Janganlah mencari teman lelaki mahupon teman wanita .. Tapi Carilah seseorang yang boleh dijadikan ibu dan ayah buat anak2 kamu..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...