Tuhan...
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita
Tuhan....
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu
Tuhan
pimpinlah hati ini
utk ku menghayati..petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu
Kadangkala himpitan kehidupan memberi kita seribu rasa yang kadang2 tidak terbendung oleh kata2.. Kadangkkala membuat kita rasa ingin tersungkur.. Ya Allah.. smua ini ujian dariMU.. Percayalah adik2.. tidak ada sesuatu yang Allah berikan itu sekadar sia2..pasti ada hikmah disebaliknya.. Setiap orang akan ada cerita disebalik kehidupan mereka. Begitu juga saya. Kita semua sama.. Dari setiap rasa yang Allah berikan itu bangkitlah dengan bersungguh2.. Bina kekuatan dalaman dan serahkan segalanya padaNYA.. DIA pengatur terbaik. Bina peribadi dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. DIA memberi ujian yang setimpal dan yang mampu kita lalui. Disaat semangat jatuh, bangkit lah kembali dan yakinlah pada janji Allah:
”setiap dugaan yang datang perlu dihadapi dengan tabah hati dan sabar. Ujian ini diturunkan
untuk menguji keimanan manusia, oleh itu maka, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5)
Sesungguhnya hadapi lah hari2 mendatang dengan sabar.Walau sesukar mana.. melangkahlah dengan yakin.. Walau sakit..ingat! Allah pasti berikan bahagia akhirnya.Insya4JJI.. doakan yang terbaik. Kejayaan juga adalah satu ujian. Sentiasalah kita mengingatkan diri..segalanya datang dan pinjaman dari ALLAH S.W.T.. syukuri apa yang kita perolehi dan sama2 membantu antara satu sama lain.. disaat sahabat terjatuh..pimpini dan bimbingi mereka bersama2..berjalan seiring.. mudah2an rahmat Allah terus bersama kita.. Ikhlas kan hati insya4JJI.. redha Allah bersama kita.. luahkan segalanya pada ALLAH.. DIA maha mendengar lagi maha mengetahui. Batasan penglihatan kita terhad..tidak bagi ALLAH..DIA mengetahui segalanya.. Ceriakan hari anda! ayuh berubah kearah yg lebih baik.saya juga masih belajar. j0m sama2~ :)
sesungguhnya hidup ini juga pinjaman Allah s.w.t.. terlalu singkat untuk membenci.. dan terlalu singkat untuk bersambil lewa.. Jangan menyangka, ajal menyapa hanya tika tua. Pabila Dia berkata 'ya', sesaat tiada kebelakang ia. Tiada mengira bersedia, tiada. Ya Allah..
ampunilah dosa2 hambaMu.. hidup ini sesungguhnya suatu amanah dan tanggungjawab..
semoga hari ini lebih baik dari semalam
No comments:
Post a Comment