Assalamualaikum W.B.T
Sihat? mudah2an anda smua dibawah rahmat dan lindungan Allah hendaknya. Mencari resepi untuk santapan kluarga?Seronok juga kan kalau ada kudapan2 sambil menghabiskan masa bersama keluarga.. Ok memandangkan ade sedikit kelapangan untuk mengupdate blog..disini saya ingin kongsikan resepi popia daging. Kegemaran adik2 saya!asal balik je menu ni la slalu diorang request kat saya..hehe..Mudah sahaja! sesuai untuk hidangan petang mahupon untuk sarapan pagi. Selamat mencuba! :)
Bahan2:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5biji cili kecil
3 inci halia
8 biji kentang (sila potong dadu)
1 paket daging cincang
1 paket serbuk kari
dan sedikit garam
1 paket kulit popia
Cara membuat
1. kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, dan cili kecil sehingga lumat
2. Kemudian tumis bahan kisaran tersebut dan masukkan sedikit garam
3. kemudian masukkan daging cincang dan biarkan ianya mendidih sehingga empuk (letakkan sedikit air)
4. Masukkan kentang dan tambahkan air pada kuali bagi membolehkan kentang tersebut empuk
5. tgu sehingga 5 minit kmudian msukkan serbuk kari.. dan biarkan kari tersebut masak dan kacau adunan sehingga kentang empuk. (tambahkan garam sekiranya perlu)
6. Setelah kentak empuk dan kering..tutupkan api...yess! skrg inti popia sudah pon siap
7. Sejukkan inti tersebut
8. Gulungkan inti tersebut kedalam popia..
9. Lepas tu goreng!! :)
p/s : popia ni boleh tahan smpi seminggu..simpankan didalam peti sejuk
tarra!! sudah siap! mudahkan~ selamat mencuba!







