music

Monday, March 19, 2012

Sebutir Kasih Sejuta Sayang Buat Anak2..



Assalamualaikum W.B.T

Setelah sekian lama tidak pulang ke kampung akhirnya dapat juga pulang dgn hati gembira. Alhamdulillah melihat ayah dan ibu sihat membuat jauh disudut hati menjadi lega. Melihat adik2 yang semakin mengingak dewasa membuatkan hati bersyukur dikurniakan keluarga bahagia sebegini. Walau tanpa mewah harta tapi kami mewah kasih sayang. Alhamdulillah.Mengimbau zaman kecil2 kami, tak terungkap oleh kata2 betapa harmoninya zaman itu. "Bapak" itu panggilan kami buat ayah tercinta, dan "mak" buat ibunda tersayang. Setiap didikan bapak kami ingat sampai kini. Disudut atas ALMARI jauh tinggi ,disitulah bapak simpan "ROTAN" yang benar2 mengajar kami apa itu erti mendidik. Dahulu bapak mengajar kami mengaji dan solat seawal kami 6 tahun. Rotan sentiasa disisi bapak. Bapak seorang yang tegas tapi dalam masa yang sama seorang yang peramah dengan anak-anak. Begitu juga emak. Dalam mendidik bapak dan emak sentiasa menjadikan anak2 sebagai rakan terbaik disisi mereka. We All love you mum dad~ Alhamdulillah, dikala umur menginjak semakin dewasa.. kini baru sedar apa nilai disetiap didikan mereka. Terima kasih. :)

Disini saya kongsikan sedikit TIPS MENDIDIK ANAK2.. Penat menuntut tau!hehe..Well ilmu tu patut kita kongsikan kan?Sedikit sebanyak ilmu itu kita perlu pelajari walau belum tiba masa untuk dipraktikkan. Tapi kesedaran itu perlu. Owh saya pun masih belajar.. entry kali ni saya dedicate khas untuk Cik Nadia dan Cik Farah. hehe..



Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu i) Sebelum usia 7 tahun, ii) antara 7 – 14 tahun dan iii) antara 14 – 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun
a. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat
b. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun
1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terimakasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T


Diriwayatkan hadith daripada Abdul malik bin Rabi’i bin Saburah hadith daripada bapanya hadith daripada datuknya berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Perintahkanlah oleh kamu akan anak-anak kamu dengan (mengerjakan) solat ketika baligh (yakni, sampai umur) tujuh tahun (7), dan ketika sampai umurnya sepuluh (10) tahun, maka pukullah atasnya (jika tidak mengerjakan solat).’ [Hadith Abu Daud].





4 comments:

  1. hamboi. cik nadia mana ni? *terasa, terasa* :P

    ReplyDelete
  2. hahah...wah cepat btol untie faris ni ngomen ye...
    yela...cik nadia a.k.a cik poppy.. kui2~~
    spe lg bstfwen i nama cik nadia ruza~~~keke :P
    *kak kiah suh ajar* biar faris ada kawan cpt.. :P

    ReplyDelete
  3. huish. nak faris ada kawan cepat?
    kena mintak kat mama dia la. mana leh mintak kat auntie dia.
    hahaha.
    ha, cik mun. anda bila lagi? adik2 mun nak gak merasa nak anak sedara. kih kih

    ReplyDelete
  4. haha..kalau mintak kt mama dye tu mknanya mintak adik..ehehe.. so nk mintk kawan kne la mintk kt cik diya dye...hehehe~~
    adik2 mun blom sesuai nak ada ank buah~so biar dlu.. i pon calon xde lg.. so kite relex2 jah..kui2~ :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...