music

Thursday, February 9, 2012

Hijrah

Assalamualaikum w.b.t

SYukur alhamdulillah.. dikala ini diberi kesempatan untuk menulis lagi. Dengan aktiviti yg semakin sibuk dengan kehadiran pelajar baru difakulti akan membuatkan hidup di kampus semakin bz. Next two week smua pelajar akan menempuhi alam kuliah seperti biasa dan itu bermakna kerja saya akan mulai sibuk. hurm.. xpe! we need to workhard and worksmart! Semalam diberi kesempatan berborak dgn mentor saya.. its all about Istiqamah. Episod penghijrahan bermula hampir setahun. Banyak yg perlu diperbaiki dalam hidup kita! yess! we need to change~
xkira siapa kita.. we need to change to be more better! saya xberani untuk berkata banyak.. sebab sy pn masih dalam proses belajar. banyak yg perlu saya pelajari dan perbaiki..mampukah saya untuk terus kekal istiqamah? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin.. untuk bermula memang payah.. banyak pertarungan pemikiran perlu saya lalui.Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus, perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.

berbesar hati ingin share entry post dari seorang sahabat. Its good!

*************************

Just to be share.. to change we need to start from solah. Perbaiki solat dan istiqamah.
Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah tidak mengubah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. ( Surah al-Ra’d :11)

Berubahlah menjadi hamba yang soleh dan bertakwa. Berubahlah menjadi anak yang soleh, berbakti dan sentiasa menceriakan mereka. Berubahlah menjadi pelajar yang komited dan berdisipilin tinggi serta berusaha sedaya-upaya untuk mencipta kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum.

Jadilah mukmin yang bermotivasi, berdedikasi, komited dan cemerlang dalam semua aspek. Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. Sebagaimana sabda nabi saw riwayat Imam Muslim. Mantapkan keazaman, tingkatkan iman dan istiqamah beramal soleh, anda akan melihat perubahan dalam diri anda.

Perubahan boleh mulakan dengan sentiasa merapatkan hubungan dengan Allah. Jaga solat berjamaah, lakukan solat-solat sunat sebelum dan selepas solat fardu serta sola-solat sunat yang lain terutama solat tahajjud. Lakukan dengan istiqamah. Membaca dan menghayati makna al-Quran setiap hari, sentiasa panjatkan doa, mengadu dan merintih kepada Rabb yang Maha Mendengar dan Menerima doa hambaNya.

Bila hubungan dengan Allah mantap maka syaitan tiada ruang untuk menguasai. Sikap malas, lemah, cepat berputus asa dan semua sikap negatif akan dapat dikikis dalam diri. Hati akan bersih, minda akan cerdas dan fizikal akan cergas seterusnya akan menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.

Semuanya tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu berubah. Cuma nak atau tak nak sahaja. Berubahlah! Maut sentiasa mengintai kita dan malakul maut bila-bila masa sahaja akan hadir menjemput kita.

Semoga Allah SWT membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.




p/s: Berpaut pada dahan yang kuat agar mampu terus berdiri teguh. Walau sukar, cuba sedaya upaya. Jom! :)

2 comments:

  1. rosa suka post k.mun yg nie..teruskan misi kita bersama k..may Allay ease us..:)

    ReplyDelete
  2. insya4JJI... doa2 kita akan trus kt jalan ni~ istiqamah~ luv u sis~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...