music

Wednesday, February 8, 2012

Bismillah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bismillahirahmanirahim.. dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang.
Semoga apa yg akan tercoret diruangan ini akan diredhai dan diberkati ALLAH hendaknya. Sudah sekian lama menyepi dari ruangan penulisan kini saya kembali. Hampir setahun setengah saya tidak menulis atau mencoret diruangan blog. Kini saya kembali dengan blog baru dgn tagline "kunfayakun". kenapa saya pilih tagline ini? kerana pada suatu ketika saya hampir tidak lagi mahu menulis, saban hari melalui pelbagai liku2 kehidupan dan pengajaran. Pelbagai ragam dan situasi saya lalui bagi tempoh beberapa tahun ini. Segalanya mengajar saya banyak erti apa itu sabar,usaha, doa dan tawakal. Mendidik hati bagaimana untuk cuba mengawal segala rasa.

Ya semakin hari umur semakin menginjak kepada lebih tua. YA ALLAH aku semakin tua.. Setiap mengalaman itu mendewasakan. Peningkatan umur mematangkan pemikiran dan menyedari pelbagai tanggungjawab yg perlu dipikul. Subhanallah.. Benar kadang2 rasa hampir tersungkur tapi ditabahkan hati untuk melalui kehidupan yg penuh mencabar ini. Itulah "Kunfayakun". Bila Allah katakan jadi maka jadilah ia. Kita sebagai khalifah dimuka bumi ini perlu menerima ianya dengan redha bersama hikmah yg tersembunyi. Semoga usia yg masih muda ini tidak sia2..

"kunfayakun" or be! and it is!
Allah pengatur terbaik buat kita. walau apa yg kita lalui pasti ada hikmah disebaliknya. Saya masih budak baru belajar. dan pendekatan kali ini saya lebihkan kepada perkongsian nurani dan ukhwah. Bukan lagi penceritaan peribadi. Cukup sekadar kita berkongsi nilai. Dan keperibadian itu saya simpan sebagai harga berharga buat saya..
Saya masih dalam proses belajar dan menimba ilmu. Semoga kita dilandasan yg benar. Ayuh sama2.


"Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkn, saya budak baru belajar, harap2 boleh tunjuk ajar kan"





'Real Love means helping each other to attain Jannah, Not holding each others hands walking towards The Hellfire'



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...