Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!!
bersawang lg blog ini lagi2 bila jadual kerja agak padat.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan melalui kehidupan dengan bahagia.. Alhamdulillah..
Pada bulan ogos saya puas berfikir apa hadiah yang patut saya berikan kepada suami memandangkan ulang tahun kelahirannya bakal menjelang pada 26/9.. Agak sukar sebenarnya untuk memilih hadiah bagi lelaki.. memandangkan kami suka travel dan kekangan cuti jadi saya decide untuk membuat suprise percutian selama 4 hari 3 malam ke krabi. Seperti biasa sebelum travel saya akan membuat research untuk memudahkan perancangan pergerakan kami disana.. Ramai yang request untuk saya berikan tips pelancongan kami di krabi.. So saya decide untuk berkongsinya di sini
#Cuaca
Begitu penting untuk kita tahu keadaan di krabi memandangkan aktiviti disana banyak melibatkan aktiviti pantai dan jungle trekking. Best time untuk pergi kesana adalah pada bulan june dan julai.. Elakkan untuk pergi pada bulan september-disember kerana pada ketika ini adalah musim hujan.. so ianya akan membataskan pergerakan.
#Tiket Flight dan Hotel
First thing cek passport anda.. pastikan anda mempunyai lebih dari 6 bulan sebelom passport anda expired.. Sebab jika kurang dari 6 bulan anda tidak akan dibenarkan keluar dari Malaysia.. Ok setel bab passport. seterusnya flight Bagi kami suami isteri kami suka melihat promo di Airasia Go dimana harganya termasuk tiket penerbangan pergi dan balik serta penginapan. Dan saya juga pernah membuat perbandingan harga diantara tiket flight dan hotel secara berasingan (agoda atau trivago) serta AirasiaGo dan harga nya jauh lebih murah jika kita memilih airasiaGo.. (bukan nak promot air asia tau hahahahaha)
#Hotel
Jika anda ingin memilih hotel, pilih la hotel di kawasan Ao Nang, kerana disini lebih dekat dengan pantai serta kemudahan makanan dan pengangkutan. Jangan tersalah pilih.. Even krabi town juga jauh.. sebenarnya bila kita katakan ingin bercuti di krabi sebenarnya Ao Nang nama tempatnya.. Jika memilih tempat selain Ao Nang maka jenuh lah kena amek teksi atau tuk-tuk(teksi motor) dan harganya agak mahal.
Usah risau banyak je hotel2 di Ao Nang.. Search Sahaja berapa bintang yang anda mahu..
Rate harga dari RM60-RM300.. Terpulang pada anda.. Tapi saya suggestkan cari hotel di area starbuck/macdonald Ao Nang sebabnya ianya lebih dekat dengan pantai dan suasananya lebih happening.. (jika pilih sini senang la hidup korg hehe)
Jika anda inginkan sedikit privarcy saya cadangkan hotel2
1. Centara Anda Dhevi Resort and Spa
2. Apasari Hotel
3. Areetara Resort Hotel
dan hotel2 area sini adalah jauh sedikit dari pantai.. perlu 10-15 minit berjalan ke pantai.. tapi dekat dengan kedai makan (muslim) dan spa.
AMARAN : Jangan sesekali membenarkan hotel menyimpan passport anda sebagai cagaran.. biar duit tak pe..
#Pakej Aktiviti
Tak payah susah2 book online dari malaysia.. sampai je sana korg boleh book dan survey sendiri.. Bersepah2 je tour company kat sana.. dan kebanyakan hotel jugak ada pakej mereka sendiri tapi pada saya agak mahal.. anda boleh pergi jalan2 disana dan meninjau sendiri pakej2 yang di tawarkan.
disana terdapat 4 pakej aktiviti iaitu
1. Phi Phi Island - harganya 900-1000Bath (RM90-100) aktiviti smpi pukul 4.30 ptg
2. 4 Island - 400-500Bath (RM40-50) aktiviti smpi 2.30 ptg
3. Hong Island -600-700 Bath (RM60-70) aktiviti smpi 4.30ptg
4. Jungle Tour - Amek pakej yang amerald pool dan elephant je cukup.. tak payah amek hot spring (tak best) 800bath(RM80)
so pilih laa mana2 anda suka.. bagi aktitivi 1,2 dan 3 saya sarankan anda amek speedboard(seperti harga diatas) jangan amek longtail boat walaupun anda boleh dapat harga lebih murah (pada saya agak bahaya) Safety come first ok! Saya suggest anda pergi Phi Phi island/ 4 island dan Jungle Tour.. Hong Island tu x payah pun xpe..hahaha
extra tips: jika anda datang berdua, cari la geng2 kat sana.. ramai je org malaysia kat sana.. masa nak booking pakej booking sama2 anda akan dapat harga lebih murah.. Jika tidak harga diatas tu sebagai panduan.
* dan selepas anda booking aktiviti, mereka akan ambil dan hantar anda di hotel.. so jangan risau soal pengangkutan.. dan lunch (untuk muslim) juga disediakan..
#makanan
Tak perlu risau soal makanan.. banyak je makanan halal kat sana.. bersepah2 warung2 dan restauran halal kat sana.. benda wajib amek tomyam (mmg best!) , telur dadar, udang tempura, dan di sana pancake antara terkenal! dia cm ala2 roti canai tp disapu dengan mcm2 perisa yang boleh anda pilih.. tapi paling saya suka pancake nutella+banana.. dan air anda wajib minum tea ais!! mmg ala2 thai tea kat boat noodle tu...slurpppppp
harga makanan ok la pada saya
seafood tomyam (boleh makan untuk 3 orang )- 120-150 bath (RM12-15)
omelette -80 bath (RM8) size besar
Udang tempura - 100 bath (RM10)-udang besar
Pancake - 40-50bath (RM4-5)
Siakap steam lemon -300-450bath (RM30-45) ikot pd size
Maggo steam rice -50-80bath(RM5-RM8)
Tea ice- 40bath(RM4)- gelas besar boleh minum dua org.
Tea ice- 40bath(RM4)- gelas besar boleh minum dua org.
senang cite mkanan harga standart Malaysia jelaaa,,, tp rasa dia mmg kaw kaw kat sini,... ala absalute thai cakapppp lu...hehe
Pancake Pisang+nutella+coklat
Tom Yam (size kecil)
Siakap Steam Lemon
#pengangkutan
kalau dari airport nak ke hotel di Ao Nang 600bath/van lebih kurang RM60/van.Selain tu ada jugak bas 150bath/person (RM15 seorang) tapi saya sarankan amek jela van sebab bas makan masa dan akan berhenti2 menghantar seorang demi seorang.. jenuh nanti. Jangan amek prebet sapu yang tak tau usul periksa..
Extra Tips : tak pun cari je family dari malaysia share je van taxi dengan diorg.. senang cite..
Jika penginapan anda jauh dari pantai (10-15 minit) anda boleh la menyewa motorsikal dengan harga 250bath/day (RM25).. kawasan Ao Nang tidak besar pon..
#simcard
Sampai2 je kat airport kat pintu kuar ada org jual simcard.. pilih yang data plan sahaja.. macam kami, kami beli simcard unlimited data plan untuk 3 hari dengan harga 140bath (RM14)... kalau nak ambil data plan and call dalam 200bath(RM20)... amek data plan je cukup... call boleh guna aplikasi whatsapp.. hehe
#Spa and massage
Ni paling best laaa.. kalau seharian dah penat beraktiviti kesana kemari malam pulaaaa kita berspa la!!! harga spa di sini memang murah berbanding di Malaysia.. ala thai oddyssy laaa senang cite... kalau kt malaysia harga RM120/jam tapi di sini kita boleh dpt dengan harga 200bath/hour (RM20/jam)... kalau macam saya ambil foot and back massage dengan harga 350bath/90 minit (RM35/90 minit) Memang heaven laaa! ari2 g spa kat sana... heeeee~~ macam kami, kami request couple room spa dimana untuk husben saya request tukang urut lelaki dan saya tukang urut perempuan.. memang berbaloi..
#souvenir
Jika hari jumaat-ahad mereka ada night market di pekan krabi.. tapi ianya agak jauh dari Ao Nang, dan harga teksi juga mahal.. tapi anda juga masih boleh dapatkan di Ao Nang.. terdapat banyak pilihan souvenir di sana.. pandai2 la anda bargain~~
oklaaa sampai disini sahaja.. jika ada sebarang pertanyaan boleh laa emailkan kepada saya di rabiatul.munirah@gmail.com
Bagi Tips holiday saya yang lepas seperti ke Melbourne, Tasmania, Boracay, lombok, bandung, bali, medan, amsterdam dan lain2 akan saya kongsikan kemudian.. nantikan..
semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk bercuti ke Krabi!!
Selamat bercuti...
wassalam











.jpg)