music

Friday, March 23, 2012

Aurat kami, maruah kami


Assalamualaikum W.B.T

Mulakan hari dengan senyuman, mari menutup aurat dengan sempurna.. Saya juga masih sedang belajar dan sedang berusaha.. jom sama2~

"Ya Allah perliharalah maruah kami dan perlihatkan ia bagi yang benar2 berhak, sesungguhnya malu itu pakaian kami..''


P/s : Kadang2 tanpa kita sedar cara pemakaian kita tidak mematuhi garis-garis panduan islam. j0m ubah~ semoga istiqamah.. :)



Monday, March 19, 2012

Sebutir Kasih Sejuta Sayang Buat Anak2..



Assalamualaikum W.B.T

Setelah sekian lama tidak pulang ke kampung akhirnya dapat juga pulang dgn hati gembira. Alhamdulillah melihat ayah dan ibu sihat membuat jauh disudut hati menjadi lega. Melihat adik2 yang semakin mengingak dewasa membuatkan hati bersyukur dikurniakan keluarga bahagia sebegini. Walau tanpa mewah harta tapi kami mewah kasih sayang. Alhamdulillah.Mengimbau zaman kecil2 kami, tak terungkap oleh kata2 betapa harmoninya zaman itu. "Bapak" itu panggilan kami buat ayah tercinta, dan "mak" buat ibunda tersayang. Setiap didikan bapak kami ingat sampai kini. Disudut atas ALMARI jauh tinggi ,disitulah bapak simpan "ROTAN" yang benar2 mengajar kami apa itu erti mendidik. Dahulu bapak mengajar kami mengaji dan solat seawal kami 6 tahun. Rotan sentiasa disisi bapak. Bapak seorang yang tegas tapi dalam masa yang sama seorang yang peramah dengan anak-anak. Begitu juga emak. Dalam mendidik bapak dan emak sentiasa menjadikan anak2 sebagai rakan terbaik disisi mereka. We All love you mum dad~ Alhamdulillah, dikala umur menginjak semakin dewasa.. kini baru sedar apa nilai disetiap didikan mereka. Terima kasih. :)

Disini saya kongsikan sedikit TIPS MENDIDIK ANAK2.. Penat menuntut tau!hehe..Well ilmu tu patut kita kongsikan kan?Sedikit sebanyak ilmu itu kita perlu pelajari walau belum tiba masa untuk dipraktikkan. Tapi kesedaran itu perlu. Owh saya pun masih belajar.. entry kali ni saya dedicate khas untuk Cik Nadia dan Cik Farah. hehe..



Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu i) Sebelum usia 7 tahun, ii) antara 7 – 14 tahun dan iii) antara 14 – 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun
a. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat
b. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun
1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terimakasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T


Diriwayatkan hadith daripada Abdul malik bin Rabi’i bin Saburah hadith daripada bapanya hadith daripada datuknya berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Perintahkanlah oleh kamu akan anak-anak kamu dengan (mengerjakan) solat ketika baligh (yakni, sampai umur) tujuh tahun (7), dan ketika sampai umurnya sepuluh (10) tahun, maka pukullah atasnya (jika tidak mengerjakan solat).’ [Hadith Abu Daud].





Friday, March 9, 2012

Mahalnya sebuah cinta


hehe.. amek pic abg aly ngn farah lee kat blog farah lee..

Assalamualaikum W.B.T
sihat? mudah2an kawan2 dibawah lindungan Allah hendaknya. Apa perkongsian saya kali ini? Alhamdulillah terbuka hati saya untuk menulis berkenaan tentang cinta. Saya dilamun cinta? ya! benar.. tapi bersama pencipta yang maha agung ALLAH S.W.T. Hanya DIA cinta selayaknya bagi pembimbing kejalan kebahagiaan. Banyak akhir2 ini rakan2, adik2 yg bertanyakan soal cinta kepada saya. Dan pelbagai permasalahan cinta yg saya dengari. Saya juga masih diperingkat belajar dan perbaiki diri. Tapi tetap ada prinsip2 yg saya pegang bagi membimbing saya kejalan yg benar. Mudah2an kita sama amalkan dan terus dijalan ini.



Cinta Hingga Syurga

Jaga batas-batas hubungan sebelum kahwin agar Allah jaga hubungan erat suami isteri selepas kahwin...

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
[QS ar-Ruum, 30:21]

*********
Fenomena Cinta?


Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak persoalan mengenai cinta yang ditanyakan pada diri ini. Secara serius atau tidak. Macam-macam karenah, macam-macam ragam. Tetapi, secara konklusinya, ianya tetap berbalik ke arah satu destinasi. Iaitu destinasi cinta...

“Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[QS Ali ‘Imran, 3:14]

Sememangnya begitulah Allah ciptakan manusia. Penuh dengan keinginan atau bahasa islamiknya, hawa nafsu. Tetapi, adakah ituboleh dijadikan alasan di hadapan Allah kelak untuk kita membenarkan perbuatan itu
(hawa nafsu)?

“Alah ustazah, biasalah, remaja. Penuh dengan gelora cinta”
“Cinta kan fitrah manusia, takkan nak halang lak?”

Ya. Dengan manusia mungkin kita boleh berdalih, bahkan berdebat untuk membetulkan pendapat masing-masing. Kerana apabila kita bersekongkol dalam hal-hal yang maksiat, maka syaitan akan sentiasa mengilhami kita dengan pelbagai bentuk alasan untuk membenarkan perbuatan salah kita. Seperti dialog-dialog di atas.
Siapa syaitan itu?
“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”
[QS Al-An’am, 6:112]

Ha! Maksudnya di sini, syaitan-syaitan ini bukan setakat yang kita bayangkan iaitu yang wujud dalam entiti yang kita tidak nampak. Bahkan entiti yang kita nampak dan selalu bergaul denan kita sehari-hari, iaitu mungkin kawan-kawan kita, persekitaran dan lain-lain yang mana kerjanya sama sahaja dengan kerja syaitan. Iaitu membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).

Ada sesuatu yg aneh tentang zina. Tuhan bukan saja melarang berzina, malah mendekati zina pun dilarang. Ini kerana zina tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya seperti pandangan mata dan kata-kata.

Promosi Cinta

Media merupakan satu medium yang sangat bernilai dan berkuasa dalam membentuk corak pemikiran atau mindset masyarakat. TV, surat khabar, majalah, buku-buku atau novel dan lain-lain. Kenapa saya cakap begitu?

Cuba kita lihat di TV. Banyak tak cerita tentang cinta? Huh, sangat banyak!
Maka mari kita lihat tugas-tugas syaitan pengikut iblis ini,


“Iblis berkata: Wahai Tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka”

[QS al-Hijr, 15:39-40]


Itulah tugas iblis, disambung oleh para syaitan baik dari jenis manusia atau jin. Membuat kita memandang indah perbuatan maksiat itu. Jelas Allah pesan dalam surah al-Isra’, 17 ayat ke-32;


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (lucah). Dan suatu jalan yang buruk”

[QS al-Isra’, 17:32]

Inikah cinta yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya? Atau ini semua hanya nafsu semata-mata, yang bernaungkan nama cinta. Untuk menutup kekejian yang sebenar. Na’uzubillah min zalik.


Fitrah Cinta

Cinta itu adalah sesuatu yang membawa ke syurga.
Maka jika bukan syurga yang menjadi destinasi akhirnya, maka itu bukanlah cinta.
Islam hadir bukanlah untuk mengharamkan cinta. Kerana islam itu fitrah, dan cinta itu fitrah.
Hadirnya islam adalah untuk mengawal satu perasaan yang sangat suci ini, agar ianya tidak tercemar dengan jalur-jalur kehitaman nafsu.

Diharamkan zina, dihalalkan nikah.

“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”


[QS an-Nuur, 24:32]

Cuma mungkin salah satu musibah yang kita hadapi sekarang ini ialah,
“Apabila zina lebih mudah daripada nikah”

Buat mereka yang merasa ingin bercinta

Jika ingin bercinta itu bermaksud ingin bernikah, maka teruskan, jangan pandang ke belakang. =)
Tetapi, jika bercouple atau lain-lain, maka lupakanlah. Ingin bercinta ini bermakna ingin membawa diri kita da diri pasangan kita ke syurga. Maka, adakah anda sudah bersedia untuk itu? Anda yakinlah dengan firman Allah,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.”
[QS an-Nuur, 24:26]

Maka, jika kita mahukan pasangan yang mentarbiyah dirinya dengan al-Qur’an, menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, mantap dari segi dakwah dan ibadah. Maka kita kenalah jadi seperti itu dulu.
Bagi mereka yang tidak pernah merasa ingin bercinta

Salurkanlah cinta anda kepada Allah. Kerana seseorang itu akan bersama dengan apa yang dincintainya di akhirat nanti. Jika maksiat yang dicintainya, maka dia akan bersama dengan maksiat. Jika Allah adalah yang dicintainya, maka Allah-lah bersama dengannya kelak di akhirat. Insya-Allah.

Mahalnya Cinta

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
[QS ar-Ruum, 30:21]

Susunan yang telah ditetapkan oleh Allah itu sangat jelas di mana dia akan berkan kita pasangan dahulu, kemudian rasa cenderung, tenteram, kasih dan sayang.

Bukan seperti kebanyakan manusia pada hari ini, mencari sayang, kasih, tenteram, cenderung dan kemudiannya baru pasangan.


Indahnya Cinta

Allah akan berikan kita pasangan, bila tiba saat yang di mana kita benar-benar memerlukannya. Bukan di saat kita menghendakinya.
Maka, bersiaplah untuk bercinta dengan manusia dengan percintaan dengan Allah SWT.
Mantapkan akhiratmu, mantapkan duniamu.
Paksikan cintamu, atas dasar keimanan kepada Pemilik Cinta Yang Satu....
Menundukkan pandangan itu tanda malu,
memalingkan pandangan itu tanda sombong.
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, (an Nur 24:31)

AMIN YARABBAL ALAMIN..



Wednesday, March 7, 2012

Resepi : Ayam Gulai TOK NYANG~


Assalamualaikum W.B.T


lama xmencoret diruangan blog ni.. akhir2 ini sangat2 busy.. ish2~~
nak balik kampung pn xsempat.. lagi2 bila kampung dah jauh.. ttbe rasa rindu kt nenek..
Ble ingat nenek automatik teringat ayam masak gulai nenek yg diperturunkan dari toknyang~ sedap.. lg sedap kalau nenek yg msakkn! ibarat cm adik sepupu saya Qhaleeda yg berumur 5 thun becakap "nyum2..delicious" hehe..meh cuba try~

Bahan2:

-Ayam yg sudah dipotong ( 1 ekor )
-lada kering yg dah direbus ( kalau untuk seekor ayam, gne dlm satu genggam lada)
-ketumbar ( 3 sudu besar )
-kunyit (sikit je tngk bnyk mana ayam..agak2 jela)
-bawang merah ( dlm 6 ulas)
-bawang putih (dlm 4 ulas)
-gula
-garam
-santan
-serai ( 2 batang)
-kerisik (dlm separuh kelapa)
-daun kunyit (sehelai pn ckup)

cara2:

1. goreng ketumbar sampai dye kering.. atau orang panggil singai..sampai dye naik bau..kemudian tumbuk ketumbar tersebut dan gaulkan dgn ayam

2. Belenda lada kering, bawang putih, bawang merah, kunyit.. dan kemudian masukkan kedalam ayam

3. lepas tu.. amek kerisik dan cmpurkan juga kedalam ayam

4.pastu titik2 kn serai td dan letakkan kedalam ayam jga

5. masukkan santan cair terlebih dahulu kedalam cmpuran2 td.. dan didihkan diatas api..kmudian msukkn garam dan gula secukup rasa.. make sure api kecik je.. tgu sampi ayam empuk dan kemudian masukkan santan pekat..

6. tgu sehingga masak.. than hidangkan la! tarra! da siap dh.. selamat mencuba~


p/s : ayam juga boleh digantikan dgn daging.. selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...