"Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dan rezeki.."
Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha pengampun. Assalamualiakum pembaca sekalian. Anggaplah luahan hati ini rintihan jiwa seorang hamba yang bermusafir yang terlalu ingin lebih dekat dengan TuhanNya. Moga kita semua diberi kesempatan untuk berkongsi lebih banyak kebaikan bersama. Kata seorang rakan pada saya, “Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dan rezeki konsepnya" .Benar sekali, hidayah tidak datang bergolek. Akan tetapi ramai yang cuma menanti hati mereka ‘dibuka’ tanpa sebarang usaha. Ramai yang menanti ‘seru’ hadir tanpa berbuat apa-apa. Seperti yang berkata “Aku nak kaya” namun duduk saja goyang kaki, tanpa usaha, maka mana mungkin harta turun dari langit begitu saja. Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita memohon hidayahNya. Setiap hari kita memohon Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan yang LURUS) Berapa ramai yang benar-benar fahami dan bersungguh tatkala membacanya. Ini peringatan untuk diri juga! Perkara yang paling menakutkan saya adalah apabila menyedari hakikat bahawa hidayah ini hak milik mutlak Allah SWT, Al-IIah, Ar-Rab, yang dianugerahkan kepada sesiapa yang Allah Al-Wahab mahukan. Allah Al-Hakim lebih tahu siapa yang berhak mendapat hidayahNya. Allah Maha Mengetahui kerana Allah itu Al-A’leem, Al-A’alim, siapa yang tidak patut memilikinya. Seperti bagaimana Rasulullah SAW sendiri memohon dan berdoa untuk bapa saudaranya, Rasulullah SAW merayu dan memujuk Abu Talib yang telah membantu baginda dengan masa dan tenaganya, dengan menjaga dan memeliharanya namun hidayah bukan di tangan kita. Itulah pengajaran yang paling besar. Itulah hakikatnya. Hidayah kata Mufti Ismail Menk dalam kuliahnya, perlu dicari dengan kesungguhan dan kepayahan. Struggle. Dengan keringat perjuangan. “Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, yang cuba dan berusaha akan dibukakan pintu kearahNya” InsyaAllah dengan izinNya, hidayah akan diberi. Apa dia kesan hidayah? Kesan hidayah ini maka kebaikan akan terasa mudah untuk dilakukan. Saya simpulkan pengajaran yang saya perolehi mengenai bagaimana untuk kita terus Istiqamah setelah mendapat hidayah, ya walaupun sedikit. Semoga Allah yang Maha Pemurah, memberi lebih dan lebih hidayahNya kepada kita. Peringatan ini juga amat berguna untuk diri saya yang serba dhaif lagi jahil ini.Mustaqim dan Istiqamah asalnya dari perkataan yang sama. Untuk memastikan kita terus kekal Istiqamah dengan hidayah yang telah diberi, agar hidayah itu tidak hilang, lenyap dan sepi kata mufti Menk, ada beberapa panduan yang diberikan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua:- 1) Pengajaran pertama - Jangan bimbang pandangan orang lain. Abu Talib ‘takut’ pandangan pembesar Qurasyh yang lain, begitu bimbang mengenai apa yang akan ‘diperkatakan’ setelah dia meninggal, sekiranya dia menjadi seorang Muslim, maka kerana ke’risau’an inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap Syahadah. 2) Kedua - Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita ‘menyibukkan’ diri menilai orang lain kata Mufti Menk. Bergossip membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa, apatah lagi mengaibkan dan memfitnah. Sibukkan diri mengenai hal diri, kekurangan diri, keluarga, anak-anak daripada orang lain. InsyaAllah Allah akan beri kita hidayah. Kedua, sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain. 3) Ketiga- Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa i) Beristighfar dan ii) Bertaubat. Beristighfar bererti kita memohon maaf setelah tersedar dan setelah melakukan apa saja dosa dan kesilapan, namun bertaubat bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri kearahNya. Beristighfar sahaja belum cukup, namun memalingkan diri kembali adalah kunci untuk mendapatkan hidayah, seterusnya mengekalkan hidayah itu. Kita PERLU dan mesti sentiasa beristighfar dan bertaubat, Allah memberi Taubah itu sebagai hadiah kepada hambaNya, bayangkan jika tiada konsep taubah? Oleh itu saya sering ingatkan diri, jangan berputus asa, teruskan perjuangan dan InsyaAllah Allah akan menunjukkan kita jalan yang lebih baik dari sekarang. 4) Keempat - Amalan yang berterusan. Lagi dan lagi. Tambah dan tambah amal. Bagaiamana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mencari dan mengikut contoh dari Rasulullah SAW 5) Kelima- Sampaikan kebaikan. Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep Amal ma’ruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukan kebencian, keburukan dan kejahatan! Walaupun sedikit! Sedikit dan sekecil biji sawi sekalipun ianya akan dinilai Allah Al-Hasib. 6) Keenam – Carilah kawan yang soleh. Pilihlah kawan kita, kawan atau rakan yang akan MENGINGATKAN kita sekiranya kita tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran. Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila dibangkitkan kembali, sahabat karib kita akan menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita, dengan penuh hikmah dan kasih. 7) Ketujuh – Hidayah akan kekal dengan Ilmu. Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan terus dan terus tanpa henti menggali ilmu dari sana dan sini. Dari sumber yang sahih lagi dipercayai. Lebih banyak kita tahu lebih banyaklah kita tahu yang kita ini tidak tahu. Pesanan mufti yang terakhir benar-benar membuatkan dewan tergamam tanpa suara. Untuk mendapat hidayah, kata mufti “JAGALAH MATA” Jagalah mata, kerana khuatir pandangan itu pandangan syaitan. Tundukkanlah pandangan. Saya sedang cuba mempraktikannya walau saya seorang wanita. Saya yakin para lelaki mempunyai dugaan yang lebih. Menjaga mata dengan tidak melihat dan menilai apa yang orang lain pakai, tidak melihat kereta apa yang mereka bawa, atau melihat kelebihan mahupun kekurangan. Kenapa? Supaya lebih kurang rasa ingin membandingkan diri dan mengata. Supaya lebih kurang iri hati dan dengki hinggap di dalam hati ini. Semuanya bermula dengan mata. Akan saya pegang nasihat ini. InsyaAllah semoga kita diberi semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Kita semua sebenarnya sama saja, sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya. Ingatlah Allah, itulah pesanan terakhir Mufti Menk. Ingatlah Allah pada setiap masa dan ketika, bukan hanya apabila bertasbih selepas solat di atas sajadah. Ingatlah Allah tatkala makan, melakukan kerja dan bermesra dengan kawan2, ibu bapa,anak atau isteri dan suami misalnya. InsyaAllah mari kita cuba. Ingatlah Allah dengan sengaja, apabila melakukan apa saja. Jika semua umat Islam dan semua orang memegang konsep Allah melihat apa sahaja kita lakukan, MasyaAllah bayangkan betapa banyaknya kemungkaran dan kejahatan tidak akan berani dilakukan. Kepercayaan bahawa Allah itu Ar-Raqeeb yang Maha Melihat perlu disematkan kembali didalam jiwa kita ini. Wallahua’lam. Amin. |
"Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race, but it's how you end it"
Monday, February 27, 2012
Hidayah Perlu di cari..
Thursday, February 9, 2012
I asked.. He gave me..
I have sumthing to share with u..




Allah plis give me
-strength
-wisdom
-prosperity
-love
-favours
but He give me
-Difficulties
-problems
-Brain and brown
-Danger
-Trouble people
-opportunities
-strength
-wisdom
-prosperity
-love
-favours
but He give me
-Difficulties
-problems
-Brain and brown
-Danger
-Trouble people
-opportunities

I asked for strength, but ALLAH gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom, but ALLAH gave me promblem to solve
I asked for prosperity, but ALLAH gave me Brain and Brawn to work
I asked for courage, but ALLAH gave me danger to overcome
I asked for love, but ALLAH gave me trouble people to help
I asked for favours, but ALLAH gave me oppurtunities
I asked for wisdom, but ALLAH gave me promblem to solve
I asked for prosperity, but ALLAH gave me Brain and Brawn to work
I asked for courage, but ALLAH gave me danger to overcome
I asked for love, but ALLAH gave me trouble people to help
I asked for favours, but ALLAH gave me oppurtunities

I received nothing i wanted
But
I received everything that i needed!!
But
I received everything that i needed!!
"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]
Hijrah
Assalamualaikum w.b.t
SYukur alhamdulillah.. dikala ini diberi kesempatan untuk menulis lagi. Dengan aktiviti yg semakin sibuk dengan kehadiran pelajar baru difakulti akan membuatkan hidup di kampus semakin bz. Next two week smua pelajar akan menempuhi alam kuliah seperti biasa dan itu bermakna kerja saya akan mulai sibuk. hurm.. xpe! we need to workhard and worksmart! Semalam diberi kesempatan berborak dgn mentor saya.. its all about Istiqamah. Episod penghijrahan bermula hampir setahun. Banyak yg perlu diperbaiki dalam hidup kita! yess! we need to change~
xkira siapa kita.. we need to change to be more better! saya xberani untuk berkata banyak.. sebab sy pn masih dalam proses belajar. banyak yg perlu saya pelajari dan perbaiki..mampukah saya untuk terus kekal istiqamah? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin.. untuk bermula memang payah.. banyak pertarungan pemikiran perlu saya lalui.Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus, perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.
berbesar hati ingin share entry post dari seorang sahabat. Its good!
Just to be share.. to change we need to start from solah. Perbaiki solat dan istiqamah.
Semoga Allah SWT membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.
p/s: Berpaut pada dahan yang kuat agar mampu terus berdiri teguh. Walau sukar, cuba sedaya upaya. Jom! :)
SYukur alhamdulillah.. dikala ini diberi kesempatan untuk menulis lagi. Dengan aktiviti yg semakin sibuk dengan kehadiran pelajar baru difakulti akan membuatkan hidup di kampus semakin bz. Next two week smua pelajar akan menempuhi alam kuliah seperti biasa dan itu bermakna kerja saya akan mulai sibuk. hurm.. xpe! we need to workhard and worksmart! Semalam diberi kesempatan berborak dgn mentor saya.. its all about Istiqamah. Episod penghijrahan bermula hampir setahun. Banyak yg perlu diperbaiki dalam hidup kita! yess! we need to change~
xkira siapa kita.. we need to change to be more better! saya xberani untuk berkata banyak.. sebab sy pn masih dalam proses belajar. banyak yg perlu saya pelajari dan perbaiki..mampukah saya untuk terus kekal istiqamah? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin.. untuk bermula memang payah.. banyak pertarungan pemikiran perlu saya lalui.Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus, perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.
berbesar hati ingin share entry post dari seorang sahabat. Its good!
Just to be share.. to change we need to start from solah. Perbaiki solat dan istiqamah.
Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. ( Surah al-Ra’d :11)
Berubahlah menjadi hamba yang soleh dan bertakwa. Berubahlah menjadi anak yang soleh, berbakti dan sentiasa menceriakan mereka. Berubahlah menjadi pelajar yang komited dan berdisipilin tinggi serta berusaha sedaya-upaya untuk mencipta kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum.
Jadilah mukmin yang bermotivasi, berdedikasi, komited dan cemerlang dalam semua aspek. Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. Sebagaimana sabda nabi saw riwayat Imam Muslim. Mantapkan keazaman, tingkatkan iman dan istiqamah beramal soleh, anda akan melihat perubahan dalam diri anda.
Perubahan boleh mulakan dengan sentiasa merapatkan hubungan dengan Allah. Jaga solat berjamaah, lakukan solat-solat sunat sebelum dan selepas solat fardu serta sola-solat sunat yang lain terutama solat tahajjud. Lakukan dengan istiqamah. Membaca dan menghayati makna al-Quran setiap hari, sentiasa panjatkan doa, mengadu dan merintih kepada Rabb yang Maha Mendengar dan Menerima doa hambaNya.
Bila hubungan dengan Allah mantap maka syaitan tiada ruang untuk menguasai. Sikap malas, lemah, cepat berputus asa dan semua sikap negatif akan dapat dikikis dalam diri. Hati akan bersih, minda akan cerdas dan fizikal akan cergas seterusnya akan menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.
Semuanya tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu berubah. Cuma nak atau tak nak sahaja. Berubahlah! Maut sentiasa mengintai kita dan malakul maut bila-bila masa sahaja akan hadir menjemput kita.
p/s: Berpaut pada dahan yang kuat agar mampu terus berdiri teguh. Walau sukar, cuba sedaya upaya. Jom! :)
Wednesday, February 8, 2012
Bismillah.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bismillahirahmanirahim.. dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang.
Semoga apa yg akan tercoret diruangan ini akan diredhai dan diberkati ALLAH hendaknya. Sudah sekian lama menyepi dari ruangan penulisan kini saya kembali. Hampir setahun setengah saya tidak menulis atau mencoret diruangan blog. Kini saya kembali dengan blog baru dgn tagline "kunfayakun". kenapa saya pilih tagline ini? kerana pada suatu ketika saya hampir tidak lagi mahu menulis, saban hari melalui pelbagai liku2 kehidupan dan pengajaran. Pelbagai ragam dan situasi saya lalui bagi tempoh beberapa tahun ini. Segalanya mengajar saya banyak erti apa itu sabar,usaha, doa dan tawakal. Mendidik hati bagaimana untuk cuba mengawal segala rasa.
Ya semakin hari umur semakin menginjak kepada lebih tua. YA ALLAH aku semakin tua.. Setiap mengalaman itu mendewasakan. Peningkatan umur mematangkan pemikiran dan menyedari pelbagai tanggungjawab yg perlu dipikul. Subhanallah.. Benar kadang2 rasa hampir tersungkur tapi ditabahkan hati untuk melalui kehidupan yg penuh mencabar ini. Itulah "Kunfayakun". Bila Allah katakan jadi maka jadilah ia. Kita sebagai khalifah dimuka bumi ini perlu menerima ianya dengan redha bersama hikmah yg tersembunyi. Semoga usia yg masih muda ini tidak sia2..
"kunfayakun" or be! and it is!
Allah pengatur terbaik buat kita. walau apa yg kita lalui pasti ada hikmah disebaliknya. Saya masih budak baru belajar. dan pendekatan kali ini saya lebihkan kepada perkongsian nurani dan ukhwah. Bukan lagi penceritaan peribadi. Cukup sekadar kita berkongsi nilai. Dan keperibadian itu saya simpan sebagai harga berharga buat saya..
Saya masih dalam proses belajar dan menimba ilmu. Semoga kita dilandasan yg benar. Ayuh sama2.
"Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkn, saya budak baru belajar, harap2 boleh tunjuk ajar kan"
'Real Love means helping each other to attain Jannah, Not holding each others hands walking towards The Hellfire'
Subscribe to:
Comments (Atom)

