music

Saturday, April 25, 2015

Canser Survival

Assalamualaikum W.B.T
lama tidak mencoret diruangan blog yg dah bersawang saban tahun ni.. Alhamdulillah dgn keizinan dan keredhaan Allah saya masih menghela nafas hari demi hari... Meniti hari2 berbekalkan semangat dan keyakinan padaNYA.. Banyak sudah berubah dalam hidup ini.. Saya sudah pn berkahwin dengan pilihan hati sy sendiri.. Seorang yang tidak jemu menunjukkan keikhlasan hati since saya menuntut di UKM lg. Istikharah itu tidak pernah menipu.. ye sy bahagia.. Alhamdulillah.. Seorang demi seorang bertambah didalam keluaga saya.. adik saya juga sudah berkahwin.. terpancar kebahagian di wajah bapak, walaupun saya tahu kesedihan masih bertapak di hatinya.. Bapak seorang yg setia. Sepanjang kehidupan kami, kami melihat kasih dan syg yg begitu kuat antara mak dan bapak.. Kemana sahaja mereka pasti berdua. Namun kini tidak lagi...

Kerana.. Mak saya sudah tiada.. Ketika Syafiq(Suami) menghantar rombongan merisik pada waktu itu mak saya diagnose cancer stage 3. Dan survive selama dua tahun. Betapa ketika itu giat sy mencari ubat2 alternatif untuk membantu IBU.. Cerita2 org yg sembuh dan bebas daripada kanser saban tahun terus memberi inspirasi dan motivasi kepada sy untuk membantu ibu.. Hanya Allah sahaja tahu perasaan sy ketika itu.. Mak yg begitu saya kasihi terlantar sakit namun muka sentiasa penuh dengan senyuman manisnya... Betapa mak hendak melihat sy berkahwin.. Allahu... (sebak)

Pada bulan 10 dua bulan selepas waktu merisik.. ibu semakin tenat.. sy meminta izin bapak untuk membawa mak tinggal bersama sy dan mendapatkan rawatan di KL.. Saban hari sy dan adik bergilir2 menjaga emak di hospital.. siang sy bekerja mlm sy menjaga mak.. Ya Allah... Setiap malam pasti ada sahaja pesanan2 mak buat saya yang tidak akan sy lupa.. Pesan Mak.. suatu hari jika punyai anak didik sebaiknya.. anak itu amanah.. suami wajib patuh dan hormat.. Solat jgn tinggal.. berjaya jgn lupa membantu orang lain.. jika difitnah diamkan sahaja dan macam2 lagi.. Allahu...Ya memang sy akui mak dan bapak sy telah mendidik sy dan adik2 dgn sepenuh hati mereka.  Mereka tidak mendidik kami dgn kemewahan tp mereka mendidik dengan insani dan kerohanian.. Terbayang2 waktu kecil2 kami... Berkejar2 bila bapak dan mak balik dari kerja bukan mahukan jajan atau mainan hanya mahukan pelukan.. Itu yg kami kejarkan.. Ya kami tak kaya harta benda tapi kami kaya dengan kasih sayang,. kini sy hidup dengan pesanan2nya... Masih sentiasa segar diingatan.

Tidak sampai sebulan,,, pada tanggal 29/10/2013 mak telah menghembuskan nafasnya yg terakhir.... Ya Allah... Mak yg banyak menanggung penderitaan fitnah orang dan kesakitan kini telah pergi selamanyaaa.... Kami hilang satu tempat yg penuh kasih syg kami.. kami hilang insan yg sering mendoakan kami dikala susah dan senang.. kami hilang insan yg mendidik dan menjaga kami dari kecil hinggala dewasa.. kami hilang insan sering menasihati kami.. kami hilang insan yg sering memberi pelukan hangat ketika kami sedih mahupn gembira.. bagai burung patah sayap begitulaaa yg kami rasai.. Namun Qada' dan Qadar Allah itu kami terima.. Setiap Insan Pasti Kembali.. Semoga Kami Bertemu kembali di FirdausiMU...

Sungguh saya pantang melihat org kurang ajar kepada kedua ibu bapanya... memang saya punyai suara yg lantang menegur.. Walaupan di mana2.. kerana bagi saya ibu bapa itu hanya satu.. Derhakai mereka ibarat kamu tidak menghargai dan melihat kesusahakan mereka membesarkan kamu.. Dan paling utama kamu masih punyai mereka manakala saya sudah tidak punyai ibu.. Selagi hayat dikandung badan hargailahh ibu dan ayah.. Tanpa Mereka tiadalah kamu..




#blog ini tempat paling arwah mak sy suka kunjungi.. dan kini dia sudah tiada... :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...